Walaupun pada hakikatnya aku masih belum cukup normal setanding dengan manusia lain, tapi aku rasa aku semakin menghampiri ke arah itu sekarang.
Semalam adalah birthday kawan aku yang baik, aku happy untuk dia sebab dia yang paling tak normal pernah aku jumpa sudah mula melangkah tinggal jauh meninggalkan aku progressnya. Dia bakal jadi wife orang tahun depan. Happy for her.
Punch kad aku selalu merah. Terutamanya bulan ni. So aku decide tukar waktu masuk kerja. Efeknya, punch kad aku dah tak jadi merah selepas tu. Cuma ada saki baki merah yang kat atas-atas tu je. Risau pun ada, walau aku secara rasminya tak bersalah dalam kemerahan punch kad aku itu.
Petang semalam Dekan panggil. Aku dah mula fikir segala kesalahan yang aku buat sejak akhir-akhir ni. Masuk lambat. Mengulor time orang lain cuti raya haji Isnin hari tu, main pesbuk bila nyampah tengok dokumen atas meja, balik lambat sebab main internet dan sebagainya.
Dipendekkan cerita, aku akhirnya berjaya dapat benda yang aku nak sangat-sangat the moment aku grad dari universiti 4 tahun yang lepas. 4 tahun aku tunggu saaat ni. Akhirnya ia tiba juge. Rupanya Dekan tak mau marah aku. Dia cuma mahu congratulate aku.
Apa aku nak? Simple. Aku just nak gaji aku dibayar standard dengan kelayakan dan kerajinan dan ketabahan dan kesetiaan dan keefisienan aku bekerja. Itu je. Aku tak minta lebih. Dan syukur pada mu Tuhan, sebab bagi aku kesabaran untuk go tru banyak benda dalam hidup sepanjang 4 tahun ni, dan kurniakan rezeki ini buat aku.
Tuhan akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Aku suka quote tu.
Akhirnya aku ada reason untuk happy untuk diri sendiri. Kira dalam tahun ni ada 2 perkara besar yang berjaya aku achieve. Satu lagi aku akhirnya berjaya dapat lesen kereta lepas fail JPJ 2 kali. Dia punya kemanisan kegembiraan tu memang lain dari yang lain. Sebab benda tu kita nak sangat-sangat. Lepas fail banyak kali, selepas banyak wang dan masa terbazir, akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Aku masih ingat perasaan tu. Kalau layan perasaan tu, memang sampai ke langit aku terbang terawang-awangan.
Aku rasa, kakak aku pun dah boleh pikir panjang untuk diri dia pulak since aku dah boleh bergerak lebih laju dari merangkak. Sedikit sebanyak tanggung jawab family yang dia pikul sorang-sorang selama ni aku boleh ambik alih dah. Bab nak hantar adik-adik pergi tempat mengaji, nak bawak mak abah gi tempat diorang nak pergi, insyaalah aku boleh tolong. Walau hakikatnye aku tak pernah drive atas jalan raya yang sebenar lagi.
Tinggi betol hasrat murni tu kan. Kan. Baru la terasa nak jadi orang. Thankx juga to my boss yang fightkan untuk aku. Thanks juga kat diri aku yang masa lampau sebab menjadikan perkara ini menjadi kenyataan.
Jangan tanya bila aku nak kahwin. Aku tak nak kahwin dalam masa terdekat. Tanya aku lagi 2 tahun akan datang. Ntah. Aku pun tak tau kenapa 2 tahun lagi.
tahniah kawan..:)
ReplyDeletethanks kawan. aku segan pulak tiba2.
Delete