Thursday, October 31, 2013

Dunia serabut aku.

Aku tak perasan pun bila aku reply mesej selamat pagi dari mak aku.

See? Aku buat benda, aku lupa. Aku tak ingat proses secara detail bila aku buat sesuatu itu. Sedar-sedar je dah terjadi. Sedar-sedar je dah sent few minutes yang lepas. Aku ke yang taip mesej tersebut? Sekarang ni memory aku messing with my brain.

Aku tak tau siapa yang tak funtional dengan betul. Tapi benda ni buat hidup aku diselubung dengan misteri. Sejak akhir-akhir ni je la.

Bukan  benda ni yang aku nak cerita sebenarnya.

Hari ni nak pergi pendaftar. Pergi melapor diri. So merempit hari ni walau lesen dah mati, road tax pun tak hidupkan. Apa la nak jadi dengan aku ni. Aaahhh.. no money no talk. Jangan buat aku berleter pasal ekonomi negara yang affect ekonomi aku pagi-pagi buta ni. Tak nak aku didihkan darah aku di hari yang mulia ini, di hari Jumaat.

Back to the tajuk. Pagi-pagi dah buat mood aku terbang jauh bila dikejutkan dengan bunyi orang menjerit-jerit. Tengah marah-marah. Rupa-rupanya kakak aku tengah tengok drama korea dekat handphone dia. Pastu dia tegur muka busuk baru bangun tidur aku ni.

Sebab bunyi dari handphone kau tu la buat muka busuk aku jadi kuasa dua (aku tak panggil akak aku kau. Aku adik yang baik. Ni cuma perasaan dalaman aku waktu tu je)

Cari barang pulak tak jumpa. Kadar ignorance orang dalam rumah kitorang tu adalah sangat tinggi. Tulang lembu yang entah dari mana kucing aku gonggong bawa masuk dalam rumah letak tengah jalan pun kalau dibiarkan boleh mereput kat situ.

Kalau air tumpah pun, memang tunggu angin dari kipas angin atau angin yang lalu lalang untuk keringkan dia. Pasir, habuk, bau kucing- setakat sembur itu ini. While the main cause masih ada di situ.

Boiling point aku dah sampai takat didih pagi tadi. Aku masuk bilik yang tempatkan pakaian dan iron saja, rasa macam kat kilang. Aku tak nak tambah kata adjective di situ. Aku sendiri malu nak tulis sebab aku pun turut menyumbang ke arah keserabutan itu.

Benda ni bukan sehari dua, bukan sekali sekala. Bila dah kemas je, akan jadi balik. Maintenance tu tak ada. Kesedaran dalam diri pun tak ada. Satu masa tu aku ambil masa satu hari yang penuh hanya untuk kemas bahagian bilik saja. Time tu memang nampak bersinar-sinar bilik tu. Seminggu ok lagi. Lepas tu terus K.O. Kau bayang je la kalau ko sorang je nak maintain tapi orang lain buat tak tahu je.

Last-last aku terikut sekali dengan kesepahan tu. Benci jugak aku kat diri aku sebab tu. Haha..

So, malam ni aku nak bermeditasi. Telan old town white coffee banyak-banyak. Tak nak kasi tidur. Nak kemas rumah yang dah tak macam rumah. Entah la weyh. Kadang, benda yang kecik dan simple macam ni boleh buat hati bengkak, kejap lagi mesti meletup kalau tak reti nak handle.

Ni yang buat aku tak nak bela kucing lagi in the future. Ni yang buat aku nak jadi forever alone, duduk sorang-sorang dalam rumah. Ni yang buat aku tak ada hati nak hidup dengan orang lain dalam rumah yang sama. Trauma la kununnye.

Kalau office aku nak bersepah ke apa ke, lantak la pi. Kepala tengah sibuk buat kerja, bukan aku ada banyak masa pun nak mengemas bagai ofis tu. Tapi rumah, rumah adalah supposed to be syurga dunia. Kenapa nak serabut bila dalam rumah sendiri?

Ok. Banyak je lagi benda yang boleh buat orang serabut dalam rumah. 

Aku just nak highlight kan yang aku tengah serabut tentang rumah bersepah kerana ada tukang sepah, dan aku tak berani nak bebel kat diorang panjang-panjang macam aku buat sekarang ni demi nak menjaga hati semua pihak sebab sebelum ni pun kitorang dah banyak kali discuss pasal benda ni dan akhirnya jadi benda yang sama.

So, hati aku banyak lega sekarang. Blogspot adalah medium yang baik untuk aku membebel. 

Sekian, terima kasih.





No comments:

Post a Comment