Thursday, October 31, 2013

Dunia serabut aku.

Aku tak perasan pun bila aku reply mesej selamat pagi dari mak aku.

See? Aku buat benda, aku lupa. Aku tak ingat proses secara detail bila aku buat sesuatu itu. Sedar-sedar je dah terjadi. Sedar-sedar je dah sent few minutes yang lepas. Aku ke yang taip mesej tersebut? Sekarang ni memory aku messing with my brain.

Aku tak tau siapa yang tak funtional dengan betul. Tapi benda ni buat hidup aku diselubung dengan misteri. Sejak akhir-akhir ni je la.

Bukan  benda ni yang aku nak cerita sebenarnya.

Hari ni nak pergi pendaftar. Pergi melapor diri. So merempit hari ni walau lesen dah mati, road tax pun tak hidupkan. Apa la nak jadi dengan aku ni. Aaahhh.. no money no talk. Jangan buat aku berleter pasal ekonomi negara yang affect ekonomi aku pagi-pagi buta ni. Tak nak aku didihkan darah aku di hari yang mulia ini, di hari Jumaat.

Back to the tajuk. Pagi-pagi dah buat mood aku terbang jauh bila dikejutkan dengan bunyi orang menjerit-jerit. Tengah marah-marah. Rupa-rupanya kakak aku tengah tengok drama korea dekat handphone dia. Pastu dia tegur muka busuk baru bangun tidur aku ni.

Sebab bunyi dari handphone kau tu la buat muka busuk aku jadi kuasa dua (aku tak panggil akak aku kau. Aku adik yang baik. Ni cuma perasaan dalaman aku waktu tu je)

Cari barang pulak tak jumpa. Kadar ignorance orang dalam rumah kitorang tu adalah sangat tinggi. Tulang lembu yang entah dari mana kucing aku gonggong bawa masuk dalam rumah letak tengah jalan pun kalau dibiarkan boleh mereput kat situ.

Kalau air tumpah pun, memang tunggu angin dari kipas angin atau angin yang lalu lalang untuk keringkan dia. Pasir, habuk, bau kucing- setakat sembur itu ini. While the main cause masih ada di situ.

Boiling point aku dah sampai takat didih pagi tadi. Aku masuk bilik yang tempatkan pakaian dan iron saja, rasa macam kat kilang. Aku tak nak tambah kata adjective di situ. Aku sendiri malu nak tulis sebab aku pun turut menyumbang ke arah keserabutan itu.

Benda ni bukan sehari dua, bukan sekali sekala. Bila dah kemas je, akan jadi balik. Maintenance tu tak ada. Kesedaran dalam diri pun tak ada. Satu masa tu aku ambil masa satu hari yang penuh hanya untuk kemas bahagian bilik saja. Time tu memang nampak bersinar-sinar bilik tu. Seminggu ok lagi. Lepas tu terus K.O. Kau bayang je la kalau ko sorang je nak maintain tapi orang lain buat tak tahu je.

Last-last aku terikut sekali dengan kesepahan tu. Benci jugak aku kat diri aku sebab tu. Haha..

So, malam ni aku nak bermeditasi. Telan old town white coffee banyak-banyak. Tak nak kasi tidur. Nak kemas rumah yang dah tak macam rumah. Entah la weyh. Kadang, benda yang kecik dan simple macam ni boleh buat hati bengkak, kejap lagi mesti meletup kalau tak reti nak handle.

Ni yang buat aku tak nak bela kucing lagi in the future. Ni yang buat aku nak jadi forever alone, duduk sorang-sorang dalam rumah. Ni yang buat aku tak ada hati nak hidup dengan orang lain dalam rumah yang sama. Trauma la kununnye.

Kalau office aku nak bersepah ke apa ke, lantak la pi. Kepala tengah sibuk buat kerja, bukan aku ada banyak masa pun nak mengemas bagai ofis tu. Tapi rumah, rumah adalah supposed to be syurga dunia. Kenapa nak serabut bila dalam rumah sendiri?

Ok. Banyak je lagi benda yang boleh buat orang serabut dalam rumah. 

Aku just nak highlight kan yang aku tengah serabut tentang rumah bersepah kerana ada tukang sepah, dan aku tak berani nak bebel kat diorang panjang-panjang macam aku buat sekarang ni demi nak menjaga hati semua pihak sebab sebelum ni pun kitorang dah banyak kali discuss pasal benda ni dan akhirnya jadi benda yang sama.

So, hati aku banyak lega sekarang. Blogspot adalah medium yang baik untuk aku membebel. 

Sekian, terima kasih.





Sunday, October 27, 2013

Kawan lama.

 

Persoalannya sekarang, cintakah aku pada yang ingin aku lupa itu?

Semalam mimpi pelik pelik lagi. Tapi tak sepelik sebelum ni. Thank god aku dah tak mimpi jadi gay. Sampai sekarang aku benci gila bila teringat balik mimpi tu.

Aku mimpikan kawan lama aku. Kawan lama aku ni last aku jumpa dia 2 tahun lepas masa wedding ex crush aku. Kawan lama aku ni kategi kacak, tapi aku selalu rasa yang dia tak rasa dia kacak. Sebab dressing dia tak berapa nak kena dengan fizikalistik dia.

Yang aku selalu perasan, dia ada uniform dia yang tersendiri. Jeans, t shirt, sweater dan slipper. Simple yet selesa. Kalau tambah tudung dah jadi uniform aku.

Dulu aku tak pernah nampak dia kacak. Kacak aku hanya pada hero anime bleach, atau hero drama jepun dan korea. Orang malaysia semua tak kacak bagi aku. Termasuk orang orang yang aku pernah admire satu masa dulu.

Aku cuma perasan dia kacak bila last jumpa balik 2 tahun lepas kalau tak silap aku. Sebelum tu dengan boldnya aku peenah tanya kat kawan kawan aku yang lain tentang kondisi dia. The Hint. Nanti aku cerita kalau teringat. After all aku sendiri jugak yang akan baca balik benda ni semua kan.

Time tu aku nampak dia sangat bersinar.

Kami kawan. Kawan lama. Kekadang aku selalu rasa yang dia ni rasa aku ada feel kat dia. Aku pun tak tau mana dia dapat ideologi tu. Dah nama pun rasa. Rasa rasa je la kot. Tambah lagi aku ni memang jenis orang yang denial. Selalu deny apa yang aku rasa. Dan orang lain rasa.

Sampai sekarang aku akan deny perasaan aku ni. Sebab aku yakin yang rasa ni bukan cinta. Dan rasa ni takkan bawa aku ke mana. Dunia kami sangat berbeza. Dan aku yakin, takkan ada apa apa jadi antara kami.

Akukan orang yang jenis berangan lebih.

Dan semalam entah kenapa dia masuk dalam frame mimpi aku lebih kurang 2 saat. Tapi ye la kan. Sebab tak ada reason pun untuk aku terkenangkan kawan lama aku ni. Tak adalah kawan sangat. We hardly spoke to each other sepanjang kenal pun.

Dalam 7 tahun kami kenal each other pun conversation kitorang kalau di sum up kan semua sekali tak lebih 5 minit pun. Tapi impak dia dalan hidup aku lebih kurang dasyat gak. Orang lain pun pernah masuk dalam mimpi aku. Tapi tak ada la buat aku terkenang kenang macam ni. Kan.

Dia pun dah hilang. Fb pun dah delete. Aku nak cari dia pun nak buat apa. Ntah ntah dah habis belajar, dah kerja dan ada family sendiri. Dah kenapa aku sibuk sibuk nak kacau hidup orang?

Hopefully tak ada lagi la benda benda yang boleh buat aku ingat kat kenangan lepas ni datang balik. Boleh je nak ignore. Tapi lagi bagus langsung tak ingat dari asyik cuba nak ignore. Kan.

Saturday, October 19, 2013

Gigi.

Dulu masa aku sekolah rendah, ada sorang budak perempuan tu marah gila kat aku. Aku tak ingat kenapa tapi to the point dia panggil aku jongang. Bila aku tengok dia, dalam hati aku aku balas, eleh ko tu lagi jongang dari aku. Disebabkan aku bukan jenis yang suka mengejek balik aku biarkan ayat tu simpan dalam hati je.

Ejekan jongang tu aku biarkan bagai angin lalu. Selama ni tak pernah pun ada orang panggil atau ejek aku macam tu. So aku pun malas nak verify dan fikir semula perkara tu.

Masa sekolah menengah isu aku adalah jerawat penuh di mika dan kulit yang burn sebab aktif sport. So isu jongang tu tak pernah ada. 

Benda ni tiba-tiba jadi serius balik bila student tadika yang aku ajar kata gigi aku macam rabbit dan anak sepupu aku tanya kenapa gigi aku jongang.

Masa study dulu ada kawan aku pakai braces, aku impress dan tanya dia macam macam. Dia pun tanya, kau pun nak pakai jugak ke? Maksudnya aku memang kena pakai kot.

Sekarang ni gigi kawan aku yang mancung tu jadi tak mancung dan tersusun rapi. Makin jeles di buatnye.

Dengar kata juga orang yang pakai braces ni tend untuk loss berat badan. Tapi ex housemate aku pakai tak nampak kurus pun. Maybe sebab dulu dia lebih besar dan aku tak nampak kesusutan dia. Maybe la.

Bila Dr. tu tadi tanya kenapa nk pkai braces, aku tak sampai hati nak kata sebab nak kurus. Nanti dia suruh aku pergi eksesais pulak. At least kukuh la jawapan aku tadi. Nak jugak aku senyum nampak gigi kan. Senyum ala ala comel bebudak hot kan.

Bila kos untuk cuci gigi dan polish dan buat acuan untuk braces hanyalah rm70 pastu dapat door gift barangan colgate, aku terus jatuh sayang pada Dr. tu. Dah la comel style kakak kakak yang mesra alam. Comel sungguh la dia.

Diorang tu pun baru je bukak klinik gigi tu. 

Aku tengah pikir apa yang aku nak expect before ada benda asing menumpang dalam mulut ni selama 2 ke 3 tahun kelak. Hopefully dapat yang damon. Tak la visible sangat.

Aku pun teringin nak jumpa balik budak skolah rendah yang ejek aku jongang tu. Nak ucap terima kasih kat dia sebab kukuhkan alasan kenapa aku nak cantikkan diri dan tambah konfiden dalam diri ni.




Thursday, October 17, 2013

Perasaan normal.

Walaupun pada hakikatnya aku masih belum cukup normal setanding dengan manusia lain, tapi aku rasa aku semakin menghampiri ke arah itu sekarang.

Semalam adalah birthday kawan aku yang baik, aku happy untuk dia sebab dia yang paling tak normal pernah aku jumpa sudah mula melangkah tinggal jauh meninggalkan aku progressnya. Dia bakal jadi wife orang tahun depan. Happy for her.

Punch kad aku selalu merah. Terutamanya bulan ni. So aku decide tukar waktu masuk kerja. Efeknya, punch kad aku dah tak jadi merah selepas tu. Cuma ada saki baki merah yang kat atas-atas tu je. Risau pun ada, walau aku secara rasminya tak bersalah dalam kemerahan punch kad aku itu.

Petang semalam Dekan panggil. Aku dah mula fikir segala kesalahan yang aku buat sejak akhir-akhir ni. Masuk lambat. Mengulor time orang lain cuti raya haji Isnin hari tu, main pesbuk bila nyampah tengok dokumen atas meja, balik lambat sebab main internet dan sebagainya. 

Dipendekkan cerita, aku akhirnya berjaya dapat benda yang aku nak sangat-sangat the moment aku grad dari universiti 4 tahun yang lepas. 4 tahun aku tunggu saaat ni. Akhirnya ia tiba juge. Rupanya Dekan tak mau marah aku. Dia cuma mahu congratulate aku.

Apa aku nak? Simple. Aku just nak gaji aku dibayar standard dengan kelayakan dan kerajinan dan ketabahan dan kesetiaan dan keefisienan aku bekerja. Itu je. Aku tak minta lebih. Dan syukur pada mu Tuhan, sebab bagi aku kesabaran untuk go tru banyak benda dalam hidup sepanjang 4 tahun ni, dan kurniakan rezeki ini buat aku. 

Tuhan akan beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak. Aku suka quote tu. 

Akhirnya aku ada reason untuk happy untuk diri sendiri. Kira dalam tahun ni ada 2 perkara besar yang berjaya aku achieve. Satu lagi aku akhirnya berjaya dapat lesen kereta lepas fail JPJ 2 kali. Dia punya kemanisan kegembiraan tu memang lain dari yang lain. Sebab benda tu kita nak sangat-sangat. Lepas fail banyak kali, selepas banyak wang dan masa terbazir, akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Aku masih ingat perasaan tu. Kalau layan perasaan tu, memang sampai ke langit aku terbang terawang-awangan.

Aku rasa, kakak aku pun dah boleh pikir panjang untuk diri dia pulak since aku dah boleh bergerak lebih laju dari merangkak. Sedikit sebanyak tanggung jawab family yang dia pikul sorang-sorang selama ni aku boleh ambik alih dah. Bab nak hantar adik-adik pergi tempat mengaji, nak bawak mak abah gi tempat diorang nak pergi, insyaalah aku boleh tolong. Walau hakikatnye aku tak pernah drive atas jalan raya yang sebenar lagi. 

Tinggi betol hasrat murni tu kan. Kan. Baru la terasa nak jadi orang. Thankx juga to my boss yang fightkan untuk aku. Thanks juga kat diri aku yang masa lampau sebab menjadikan perkara ini menjadi kenyataan.

Jangan tanya bila aku nak kahwin. Aku tak nak kahwin dalam masa terdekat. Tanya aku lagi 2 tahun akan datang. Ntah. Aku pun tak tau kenapa 2 tahun lagi.

Wednesday, October 16, 2013

Mimpi ngeri.

Sejak akhir-akhir ni aku selalu didatangi mimpi ngeri. Dalam minggu ni dah 2 kali aku bermimpi perkara yang lebih kurang sama. Aku mimpi aku seorang gay.

Semalam aku mimpi aku seorang perempuan. Yang suka pada seorang perempuan yang juga teman rapat aku. Dalam dunia realiti aku tak pernah jumpa perempuan tu. Perempuan itu juga adalah seorang perempuan. Tidak berpewatakan sebagai lelaki atau tomboy atau yang sewaktu dengannya. Mimpi yang sebelum ni aku adalah seorang perempuan yang berperanan seperti lelaki. Sibuk melindungi wanita lain.

Damn. Bangun tidur je aku rasa nak marah. Kenapa gay? Tak boleh jadi benda lain ke? Super hero ke? Bangunan ke? Kenapa gay?

Aku tak pernah pulak mengutuk/mencerca orang-orang sebegitu. Kawan-kawan aku pun tak ada yang begitu. Yang aku tau aku frust giler bila dapat tau Wenworth Miller reveal himself as a gay. Itu je.

Damn.


Tuesday, October 15, 2013

Di pinggiran luka.

Tajuk mesti nak tajuk novel zaman dulu-dulu. Baru ada feeling lebih nak ketuk-ketuk key board.

Lately, terlalu banyak sangat berfikir. Fikir tentang semua benda. Dalam proses berfikir tu, macam-macam benda yang aku discover. Banyak benda yang aku kena buat untuk jadi manusia normal yang lain. Tak perlu aku stress out kan kat sini yang aku dah sampai usia berapa, patut ada apa dan yada yada yang lain.

Aku cuba cari jalan untuk menjadi seorang yang penting untuk orang lain- iaitu orang sekeliling aku. Dalam masa yang sama aku sangat-sangat rindukan aku yang dulu. Diri aku yang 4 tahun lepas kebelakang. Aku- cara aku berfikir, cara aku melihat dunia, cara aku bawak diri. Aku sangat rindukan budak tu.

Sekarang ni- knowing that my sister is having special relationship dengan a great guy buat aku rasa lost giler-giler. Rapat dari kecik kan. Sebelum ni dia dengan lelaki lain, aku macam tak kisah sangat. Maybe sebab diorang long distance. So, masa untuk aku dan my sis hang out selalu ada.

Bila diorang dah mula serius dan melangkah ke next step, dan the fact yang lelaki itu adalah sangat dekat dan boleh jumpa bebila masa mereka suka, buat aku betul-betul rasa kehilangan. Aku rasa ini perasaan yang normal. Perasaan macam bestfriend masa zaman belajar dulu dah ada couple. Masa yang diluang bersama makin berkurang dan lain-lain dan lain-lain juga.

haruslah aku happy dengan perkembangan diorang ni. Cuma itu jelah, we somehow becoming so near yet soo far away. Normal kot benda ni. Cuma aku, aku yang kena fikir untuk diri aku pulak. Dah sampai masa aku hidup sendiri, tak bergantung harap pada orang lagi. Sama macam zaman study aku dulu kot.

Untuk itu, aku kena cari hiburan baru. Aku dah jumpa conclussion untuk mengelakkan diri aku rasa wasted gila. Aku kena beli kereta. Tempat baru untuk aku mencurahkan rasa dan masa yang ada. Haha. Maybe tahun depan. Tahun depan pun tinggal berapa bulan je lagi. Hurm.. apsal aku tak teruja?

Hurm.. Entah.

Monday, October 14, 2013

Attending my ex crush wedding.

Crush - 

-a burning desire to be with someone who you find very attractive and extremely special.
a painful experience, very common amoung middle schoolers (and high schooler's and even adults to a lesser degree) that involves being obsessed with a member of the opposite sex (or the same sex, if u prefer), being attracted to them physically (most common), or emotionally- also called 'puppy love' 
also: the object of this affection 
-an amazing thing that gives you feelings of nerves and excitement whenever you see them
a very sad feeling, falling inlove with someone who will never love u :'(

Sepanjang 3 tahun aku study kat USM, aku ada 2 orang crush. Satu masa aku 1st year, dan satu lagi masa aku 2nd year hinggalah setahun selepas aku grad. Jenis crush aku adalah lebih kepada yang terakhir sekali. Perasaan yang paling sedih (kononnya) sebab aku tau perasaan tu hanya sia-sia.

Crush nombor satu aku tu tua setahun dari aku. Dia end up kahwin dengan kawan aku di mana aku jadi one of bridesmaid dia. Perasaan aku ok je, since untuk aku let go feeling aku kat dia adalah ambil masa dalam 3 hari 2 malam gitu. Waktu tu aku baru dapat tau yang diorang couple underground - tak nak bagi tau orang lain sebab ada fahaman senior junior yang agak poyo di situ.

Sebelum aku tahu yang diorang bercinta tu, ada la jugak kami mesej sampai 3-4 pagi. Dan perkara ni, tak siapa pun yang tahu, sbab aku pun jenis yang tak bagitau orang lain tentang life story aku. Tiba-tiba dapat tau dia bercinta dengan orang lain. Masa tu rasa betrayed pun ada jugak. Tapi aku tak tau nak marah atau salahkan sesiapa. Mungkin lelaki itu kot, sebab tak come clean bila aku tanya dia, dia still single lagi atau tak. Last-last aku yang frust.

Ubat frust aku masa tu bertemankan pc aku. Sepanjang cuti weekend tu aku habiskan masa untuk menonton cerita korea, atau apa saja yang ada dalam hard disk aku. Cerita lawak pun boleh jadi sedih. Cerita orang potong jari pun boleh mengalir air mata ni. Sedih yang tak bertepi. Bangun pagi je, mata dah serupa alien. Teruk gila. Aku tak adalah sampai rasa cinta atau apa pun. Tapi still, i'm a human.

Aku ingat lagi bila diorang dah officialkan relationship diorang. Kitorang lepak sama-sama 4 orang. Lelaki tu dengan gf dia, aku dengan kawan aku yang juga merupakan bestfriend pada perempuan tu. Aku ingat aku dah paling kool masa tu. Sepanjang malam tu aku macam frozen. Bercakap bila ditanya. Aku tak sure apa riak muka aku sepanjang lepaking tu.

Balik bilik, aku tumpang bilik kawan aku malam tu. Kawan aku tu yang bagitau tentang relationship diorang. Dan kawan aku tu bagitau sebab aku terlepas cakap yang aku ada feeling pada lelaki tu. Malam tu aku terus tidur tak cakap apa. Mood aku terus hilang.

Esoknya, ok balik. 

Dan 7 tahun kemudiannya aku attend big day mereka dengan rasa yang gembira untuk mereka.

Second crush aku- pun setahun tua dari aku. Setiap kali aku tengok dia, terasa macam pandang diri sendiri kat cermin, tapi versi lelaki. Attitude dia macam attitrude aku masa aku budak-budak dulu. Ntah. Aku pun tak paham. Tapi dalam masa yang sama aku annoying dengan sikap dia sentiasa cocky dan obsess dengan diri sendiri. Whatever.

Dan masa wedding dia, aku siap imagine aku duduk sebelah dia. Dan imagination aku tu hampir buat aku muntah darah. Haha. Maybe sebab perasaan aku kat dia sepanjang aku admire ke annoyingan dia tu adalah lain dari yang aku rasa sebelum ni. Dan aku langsung tak frust bila dapat tau dia souple dengan sesiapa. Maybe sebab perasaan aku dah makin berkurangan kot.

Pasal apa aku tetiba tulis benda cenggini- aku pun tak sure. Entah. 


Thursday, October 10, 2013

Mission kena possible

Aku minta maaf banyak-banyak sangat kat diri sendiri sebab mengabaikan diri sendiri sekian lama.

Seperti yang orang sekeliling aku tau, aku mempunyai masalah berat badan yang sangat berlebihan. Tinggi aku cuma 152 je. Tapi berat aku adalah sangat banyak sampai rasa tak sanggup nak revealkan even kat sini. Kat tempat yang tak ada orang nak singgah pun.

Boleh katakan saat ini adalah saat yang tergelap dalam hidup aku. Aku ada masalah dengan berat badan dan at the same time aku ada masalah dengan skin condition. Aku tak paham kenapa tiba tiba ada beratus-ratus jerawat halus beranak pinak atas kulit muka aku ni. Serius tak paham. Bukan takat jerawat. Dia juga akan tinggalkan kesan jerawat yang pada aku sangat huduh itu.

Boleh bayangkan tak kombinasi orang yang rendah dan gempal sampai baju kurung pun tak muat dan kulit gelap yang berjerawat? That's me.

Bila kakak-kakak kat seksyen kewangan yang bertubuh lebih besar dari aku sibuk menganjing aku kata yang aku ni dah semakin membesar, aku rasa blur giler. Siap cakap kesian yang baju aku pakai ni dah kecik. Demmmm. Dan damn lagi.

Ini adalah sangat tak patut ok. Pada usia aku yang tak berapa remaja dan tak tua ni, aku dah mempunyai bentuk badan macam orang dah melahirkan 12 orang anak dan tak berdiet selepas itu. Tidak juga bersenam dan tidak juga peduli pasal penampilan diri.

Padahal, sebenarnya...saya bukan begitu.

Untuk orang yang dulunya berat 48 kg, dan sekarang 64.0 kg, ini adalah sangat disaster ok. Damn. Sangat kan. Dah la tadi lunch gedik-gedik makan nasi kukus lawan dengan ayam berempah. Tambah dengan cempedak goreng singgit, pisang goreng singgit dan jambu batu. Demn. Macam ni kau nak kurus?

Aku pada masa yang dulu mesti marah gila kalau nampak aku yang sekarang. Punyala aku dulu jogging tiap-tiap petang kat Tasik Bakti tu hari-hari. Pastu sekarang aku pulak yang  merosakkan badan aku sendiri. Isk..isk..isk.. Tak patot. Tak patot.

Terima kasih la pada kakak-kakak seksyen kewangan yang concern itu. Salah satu motivasi juga. Lepas ni comfirm aku pakai baju yang besar sikit, padahal baju ni kira antara yang terbesar beberapa bulan yang lepas. Demm. Haaahaaha.

So, solutionnya sekarang adalah, aku akan elak makan malam. Dan akan lari tetiap malam kat padang depan rumah aku tu at least 2.5 km setiap hari. Aku nekad sungguh kali ini. Walau pun aku ada sikit-sikt ilmu tentang kelas kalori ( thanks to bro sususejat), tapi aku bukan boleh percaya sangat kat diri aku ni. Asal enak je aku sapu. Dahlah aku ni bukan jenis yang suka ambil fat burner juga.

Target ku mahu kembali kepada 48, dan kalau boleh 45 kilogram.  Sesuai sangat dengan BMI aku kalo gitu. 19 kg to go. Aku nak achieve berat ni sebelum wedding member baik aku (dia suh aku jadik brides maid dia lepas aku request aritu. Takkan la nak jadi bridesmaid gemok gini kan), dan kalau boleh aku nak lost 9 kilo bfore birthday aku as a birthday gift untuk diri sendiri.9 kilo dalam 5 bulan. Possible sangat kan? Kan? Tak kira. Kena juga. Nampak tak mata aku yang dah berapi-api penuh dengan semangat membara nih? 

Kali ni biar konsisten. Please la. Aku rindukan saiz aku 3 tahun yang lepas. Moga usaha aku berhasil kali ni. Amin.