Seperti yang orang sekeliling aku tau, aku mempunyai masalah berat badan yang sangat berlebihan. Tinggi aku cuma 152 je. Tapi berat aku adalah sangat banyak sampai rasa tak sanggup nak revealkan even kat sini. Kat tempat yang tak ada orang nak singgah pun.
Boleh katakan saat ini adalah saat yang tergelap dalam hidup aku. Aku ada masalah dengan berat badan dan at the same time aku ada masalah dengan skin condition. Aku tak paham kenapa tiba tiba ada beratus-ratus jerawat halus beranak pinak atas kulit muka aku ni. Serius tak paham. Bukan takat jerawat. Dia juga akan tinggalkan kesan jerawat yang pada aku sangat huduh itu.
Boleh bayangkan tak kombinasi orang yang rendah dan gempal sampai baju kurung pun tak muat dan kulit gelap yang berjerawat? That's me.
Bila kakak-kakak kat seksyen kewangan yang bertubuh lebih besar dari aku sibuk menganjing aku kata yang aku ni dah semakin membesar, aku rasa blur giler. Siap cakap kesian yang baju aku pakai ni dah kecik. Demmmm. Dan damn lagi.
Ini adalah sangat tak patut ok. Pada usia aku yang tak berapa remaja dan tak tua ni, aku dah mempunyai bentuk badan macam orang dah melahirkan 12 orang anak dan tak berdiet selepas itu. Tidak juga bersenam dan tidak juga peduli pasal penampilan diri.
Padahal, sebenarnya...saya bukan begitu.
Untuk orang yang dulunya berat 48 kg, dan sekarang 64.0 kg, ini adalah sangat disaster ok. Damn. Sangat kan. Dah la tadi lunch gedik-gedik makan nasi kukus lawan dengan ayam berempah. Tambah dengan cempedak goreng singgit, pisang goreng singgit dan jambu batu. Demn. Macam ni kau nak kurus?
Aku pada masa yang dulu mesti marah gila kalau nampak aku yang sekarang. Punyala aku dulu jogging tiap-tiap petang kat Tasik Bakti tu hari-hari. Pastu sekarang aku pulak yang merosakkan badan aku sendiri. Isk..isk..isk.. Tak patot. Tak patot.
Terima kasih la pada kakak-kakak seksyen kewangan yang concern itu. Salah satu motivasi juga. Lepas ni comfirm aku pakai baju yang besar sikit, padahal baju ni kira antara yang terbesar beberapa bulan yang lepas. Demm. Haaahaaha.
So, solutionnya sekarang adalah, aku akan elak makan malam. Dan akan lari tetiap malam kat padang depan rumah aku tu at least 2.5 km setiap hari. Aku nekad sungguh kali ini. Walau pun aku ada sikit-sikt ilmu tentang kelas kalori ( thanks to bro sususejat), tapi aku bukan boleh percaya sangat kat diri aku ni. Asal enak je aku sapu. Dahlah aku ni bukan jenis yang suka ambil fat burner juga.
Target ku mahu kembali kepada 48, dan kalau boleh 45 kilogram. Sesuai sangat dengan BMI aku kalo gitu. 19 kg to go. Aku nak achieve berat ni sebelum wedding member baik aku (dia suh aku jadik brides maid dia lepas aku request aritu. Takkan la nak jadi bridesmaid gemok gini kan), dan kalau boleh aku nak lost 9 kilo bfore birthday aku as a birthday gift untuk diri sendiri.9 kilo dalam 5 bulan. Possible sangat kan? Kan? Tak kira. Kena juga. Nampak tak mata aku yang dah berapi-api penuh dengan semangat membara nih?
Kali ni biar konsisten. Please la. Aku rindukan saiz aku 3 tahun yang lepas. Moga usaha aku berhasil kali ni. Amin.
No comments:
Post a Comment