Tajuk mesti nak tajuk novel zaman dulu-dulu. Baru ada feeling lebih nak ketuk-ketuk key board.
Lately, terlalu banyak sangat berfikir. Fikir tentang semua benda. Dalam proses berfikir tu, macam-macam benda yang aku discover. Banyak benda yang aku kena buat untuk jadi manusia normal yang lain. Tak perlu aku stress out kan kat sini yang aku dah sampai usia berapa, patut ada apa dan yada yada yang lain.
Aku cuba cari jalan untuk menjadi seorang yang penting untuk orang lain- iaitu orang sekeliling aku. Dalam masa yang sama aku sangat-sangat rindukan aku yang dulu. Diri aku yang 4 tahun lepas kebelakang. Aku- cara aku berfikir, cara aku melihat dunia, cara aku bawak diri. Aku sangat rindukan budak tu.
Sekarang ni- knowing that my sister is having special relationship dengan a great guy buat aku rasa lost giler-giler. Rapat dari kecik kan. Sebelum ni dia dengan lelaki lain, aku macam tak kisah sangat. Maybe sebab diorang long distance. So, masa untuk aku dan my sis hang out selalu ada.
Bila diorang dah mula serius dan melangkah ke next step, dan the fact yang lelaki itu adalah sangat dekat dan boleh jumpa bebila masa mereka suka, buat aku betul-betul rasa kehilangan. Aku rasa ini perasaan yang normal. Perasaan macam bestfriend masa zaman belajar dulu dah ada couple. Masa yang diluang bersama makin berkurang dan lain-lain dan lain-lain juga.
haruslah aku happy dengan perkembangan diorang ni. Cuma itu jelah, we somehow becoming so near yet soo far away. Normal kot benda ni. Cuma aku, aku yang kena fikir untuk diri aku pulak. Dah sampai masa aku hidup sendiri, tak bergantung harap pada orang lagi. Sama macam zaman study aku dulu kot.
Untuk itu, aku kena cari hiburan baru. Aku dah jumpa conclussion untuk mengelakkan diri aku rasa wasted gila. Aku kena beli kereta. Tempat baru untuk aku mencurahkan rasa dan masa yang ada. Haha. Maybe tahun depan. Tahun depan pun tinggal berapa bulan je lagi. Hurm.. apsal aku tak teruja?
Hurm.. Entah.
No comments:
Post a Comment